
All About Langsir Eyelet
Untuk membuat langsir eyelet, selain dari mesin jahit, kain & gunting, anda memerlukan items seperti di bawah:
PERHATIAN: Sebelum anda membeli kesemua items di bawah, pastikan terlebih dahulu anda telah ada ilmu tentang membuat langsir eyelet untuk mengelakkan anda tersalah beli terutama kuantiti kain, tape ring & pjg rod. Untuk mendapatkan ilmu menjahit langsir eyelet, anda boleh dapatkan Video Tutorial Panduan Membuat Langsir Eyelet langkah demi langkah . Dlm panduan ini, disediakan sekali kalkulator langsir online eyelet ukt memudahkan anda mengetahui apakah kuantiti setiap items yg perlu dibeli.
Tetapi jika anda tidak ada masa utk belajar, anda boleh beli langsir eyelet readymade dari kain emboss matt satin atau boleh menempah dari kain sunblock.
A) Ilmu membuat langsir eyelet
1) Video Tutorial Panduan Membuat Langsir Eyelet langkah demi langkah.
B) Bahan-bahan untuk membuat langsir Eyelet
1) Kain
Sifu cadangkan kain yang berat seperti kain sunblock, lg berat kain, lagi cantik alunan langsir eyelet.
2) Gunting
3) Jarum peniti
4) Pembaris transparent
5) Tali tape 120 inci
6) Curtain tape 4.25 inci atau 5 inci
7) Ring eyelet
8) Penebuk Lubang Langsir Eyelet
9) Mesin Jahit
C) Peralatan untuk menggantung langsir Eyelet
1) Curtain Rod - PVC Metal.
Sifu syorkan curtain rod jenis ini kerana ianya tahan lama
2) Connector (Penyambung)
Sekiranya frame tingkap atau pintu anda melebuhi 6 kaki, anda memerlukan connector utk menyambung 2 pcs rod metal
cth: lebar frame 7 kaki, maka anda perlu beli Rod metal 2pcs & 1pc connector
3) Bracket.
Sifu menggalakkan anda membeli double bracket. Tapi jika mahukan single bracket tiada masalah. Baki ukuran melebih 4 kaki, anda memerlukan 3 pcs bracket
4) End cap.
Setiap tingkap or pintu, memerlukan 2 pcs end cap.
D) Langsir eyelet readymade dari material emboss matt satin.
E) Tempahan Langsir eyelet dari material sunblock.